MUSUH-MUSUH DUNIA ISLAM
Perikatan anti-Islam berhadapan
dengan umat Islam
Bab-bab yang berikutnya akan mengkaji dunia
Islam negara demi negara, dan akan mendedahkan
penindasan dan kekejaman yang dikenakan kepada
umat Islam. Walau bagaimanapun, sebelum itu, kita
mesti melihat punca-punca serangan yang
dilancarkan kepada dunia Islam.
Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam
terdiri daripada negara-negara yang majoritinya
terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula
dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah
ke Indonesia di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1
bilion, yang mendiami kawasan tersebut
beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka
telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan,
penindasan, dan keganasan malah pernah dibunuh
beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam.
Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup
di bawah rejim bukan Islam yang bencikan
Islam.
Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita
akan dapat melihat dengan jelas usaha
menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat
Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir,
Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand,
Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat
secara sepintas lalu, umat Islam di
kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan
dengan musuh-musuh yang berlainan.
Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di
Kashmir, orang-orang Rusia di Caucasus, dan
rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di
negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan
Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang
kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain,
kesemuanya bertindak dengan logik yang sama,
strategi yang serupa, dan menggunakan modus
operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka
semua anti agama.
Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu
dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya
Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai
musuh paling berbahaya kepada sistem sekular
mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang
keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman,
sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis.
Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam
bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun
pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi
adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi
dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam
tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah
bermula sejak sekian lama.
Kolonialisme dan Kebencian
Terhadap Islam
Bangsa-bangsa kolonialis seperti
Britain, Perancis dan Itali telah melakukan
penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam
yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka
jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan
beramai-ramai. | |
Dunia Islam tidak selalunya kekal statik.
Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh
empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir
seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar
agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala
Empayar Safavid memerintah Iran dan
kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang
paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang
memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah
Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia
(sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung
Arab, dan Afrika Utara.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar
tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur
daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah,
menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang.
Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan
kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai
Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan
Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di
bawah pemerintahan British dan Rusia. Empayar
Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang
paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil
bermula sejak permulaan abad kesembilan belas.
Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah
jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan
telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah,
Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai
oleh British, Perancis dan Itali. Dengan
berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar
dunia Islam telah diperintah oleh
kerajaan-kerajaan bukan Islam.
Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini.
Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai
negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan
Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah
dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak
teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan
kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada
di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis
"mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika
Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka
menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara
Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet
Rusia mengambil alih Caucasus dan Asia Tengah, dan
umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan
di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan
Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan
penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang
digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.
Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan
Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan
negara-negara boneka yang dipergunakan untuk
memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di
Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang
membawa kepada berlakunya peperangan demi
peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu
telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut
setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau
bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan
satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih
agresif, dan lebih dahsyat: Israel.
Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran
kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat
melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah
menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad
kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun,
dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi,
ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini.
Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh
kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut
menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya
sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi,
kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan
beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada
dunia Islam, seperti nasionalisme melampau,
fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya
menggunakan golongan yang terpedaya dengan
ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh
dalam selimut" kepada masyarakat Islam.
Dasar Ideologi-ideologi
Permusuhan Terhadap Islam
Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia
Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea
asas:
1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh,
kolonialisme British dan Perancis seperti yang
telah diterangkan di atas.
2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali,
Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang
menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di
dalam dunia Islam.
3. Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di
bawah pemerintahan Khmer Rouge, komunis di
Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di
Timur Tengah.
Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa
ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad
kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua
puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang
muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut
merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara
menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula
dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh.
Komunisme bermula daripada teori materialisme
dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan
Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim
komunis yang pertama masih belum ditubuhkan
sehingga tahun 1917, di Rusia.
Seseorang boleh berkata bahawa hanya
kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal
abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh
inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian
sekali lagi mendominasi posisi global dengan
menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya
pada abad kesembilan belas.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia
Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan
ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat),
tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah
menukarkan kesatuan-kesatuan atau
peradaban-peradaban tersebut kepada
penindas-penindas yang hauskan darah.
Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian
besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah
membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana
sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologi-ideologi
inilah yang menjajah, membahagi, merompak,
memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.
Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi
ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang
berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di
Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia
Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan
dan agama, dan mula menerima fahaman golongan
materialis sebagai cara hidup mereka.
Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat
ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan
daripada teori evolusi Darwin, yang mana
menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang
mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis
telah menjadi satu "kebenaran saintifik."
Hubungan di Antara Darwinisme,
Kolonialisme dan Fasisme
Konsep pergelutan untuk terus
hidup oleh Darwin telah menjadi sumber inspirasi
penting kepada fahaman rasisme (perkauman),
komunisme dan fasisme, termasuk juga
imperialisme. | |
Darwinisme kononnya dipanggil asas saintifik
kepada kolonialisme. Ini kerana Darwin telah
meletakkan bangsa manusia di dalam kelas yang
berbeza-beza di dalam proses evolusi khayalannya
itu. Beliau menganggap bangsa kulit putih Eropah
merupakan bangsa yang paling maju, dan
menggambarkan bangsa Asia dan puak Afrika sebagai
makhluk yang setaraf dengan beruk. Di samping itu,
beliau turut mencadangkan bahawa semua manusia
berada di dalam konflik yang tetap dan sentiasa
bertarung untuk terus hidup, dan beliau mengatakan
itulah "hukum alam" yang mana Barat harus
memenangi pertarungan ini dan memperhambakan
bangsa-bangsa yang lain. Di dalam bukunya, The
Origin of Species, beliau telah menulis:
Suatu hari nanti di masa
hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur
secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun
pasti akan menghapuskan dan menggantikan
bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa
yang sama juga, beruk anthropomorphous
(seperti-manusia)... tanpa ragu lagi akan
dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan
terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang
mana ia (pent: iaitu kumpulan terdekat) akan
mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, sepert
yang kita mungkin harap, malahan juga daripada
Caucasian, dan serendah-rendah beruk seperti
babun, sebagai ganti sekarang di antara negro
ataupun penduduk Australia dan gorila.1
Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini
dengan menggunakan konsep "perjuangan untuk
terus hidup" (struggle for survival). Berdasarkan
kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan
dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang
kuat dan lebih sesuai akan terselamat. Di samping
itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan
mengatakan proses tersebut amat penting untuk
kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan
bangsa-bangsa tertentu merupakan suatu proses yang
membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih
jauh ke hadapan.
Idea tidak saintifik yang dikenali sebagai
"Sosial Darwinisme" (Social Darwinism) ini, telah
diterima dengan meluas dalam dunia sains yang
masih primitif ketika itu dan ia telah menjadi
sumber justifikasi asas kepada kolonialisme
Eropah.
Sosial Darwinisme menjadi sumber inspirasi
pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme dan juga
imperialisme. Kesemua ahli-ahli teori abad
kesembilan belas yang dikenali sebagai para
pengasas fahaman fasisme (seperti Friedrich
Nietzsche, Heinrich von Treitschke, Francis
Galton, dan Ernst Haeckel) telah dipengaruhi hebat
oleh teori evolusi Darwin, terutama sekali tentang
konsep "perjuangan untuk terus hidup." Mussolini,
seorang diktator Itali yang telah mengasaskan
rejim fasis yang pertama, merupakan ahli Darwin
yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering
mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang
ditulisnya. Adalah sesuatu yang jelas di dalam
penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting
Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka juga telah
mendapat inspirasi daripada Sosial Darwinisme.
(Untuk maklumat lanjut, rujuk karya Harun Yahya,
Fascism: Darwinism's Bloody Ideology, Istanbul,
Vural Yayincilik, 2001)
Kebencian Ideologi-ideologi
Komunis Terhadap Islam
Darwinisme turut menjadi asas kepada komunisme.
Ia telah dijelaskan oleh pengasasnya yang pertama,
Karl Marx dan Friedrich Engels. Kedua-duanya
merupakan ateis, yang melihat penghapusan
kepercayaan beragama merupakan sesuatu yang
amat penting kepada komunisme, dan kedua-duanya
memahami sejelas-jelasnya bahawa teori evolusi
dapat membantu mereka mencapai hasrat yang
diidam-idamkan.
Tidak berapa lama selepas buku
Darwin diterbitkan, Engels menulis surat kepada
Marx yang berbunyi: "Buku Darwin yang sedang saya
baca ini amat bagus sekali."2
Pada 19 Disember 1860, Marx membalas, "Inilah buku
yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk
rujukan kita."3
Di dalam suratnya yang lain kepada seorang lagi
rakan sosialis, Lassalle, yang bertarikh 16
Januari 1861, Marx menulis, "Hasil kerja Darwin
adalah sangat penting dan memenuhi niat saya yang
mana ia menyediakan asas kepada sains tulen untuk
perjuangan kelas yang bersejarah,"4
maka dengan itu telah mendedahkan betapa
pentingnya teori evolusi kepada komunisme.
Para diktator seperti Lenin, Trotsky, Stalin
dan Mao Tse-tung telah memberikan komen mereka
tentang komunisme, yang mana ia menunjukkan suatu
hubungan ideologi kepada idea Darwin. Teori
evolusi dijadikan asas pendidikan dan polisi
pertanian di bawah rejim komunis. Semua pergerakan
komunis menemui asas ideologi dan justifikasi
apabila mereka melihat fahaman Darwinisme.
Bagi ideologi komunis yang begitu terpengaruh
dengan Darwinisme, masyarakat hanyalah "sekumpulan
haiwan." Manusia adalah tidak bernyawa, makhluk
yang dungu, "mesin manusia-haiwan", dan tidak
berguna. Hukum "Ada banyak kumpulan haiwan, jadi
tidak mengapa jika satu hilang" telah menjadi asas
pemerintahan. Mereka yang cacat dan tidak berupaya
berkerja akan disingkirkan daripada kumpulan
tersebut dan akan dibiarkan mati. Mereka dilihat
sebagai sesuatu yang sakit dan berbahaya. Tidak
wujud langsung sebarang perasaan kasih-sayang,
belas kasihan, dan kesetiaan. Memandangkan mereka
percaya tiada kehidupan selepas kematian, maka
mereka hidup dengan menggunakan seluruh kuasa yang
dimiliki. Memandangkan semua orang adalah musuh
dan pesaing di dalam pergelutan untuk terus hidup,
maka segala tindak-tanduk dilakukan untuk
menentang mereka, dan kebencian menjadi satu
perkara lumrah.
Adalah sesuatu yang semulajadi bagi ideologi
komunis, yang mewujudkan suatu masyarakat tanpa
semangat moral, sprituil dan juga kemanusiaan,
turut memusuhi agama. Sifat-sifat mulia seperti
nilai-nilai moral, cinta, sayang, belas kasihan,
sanggup berkorban, berkerjasama dan saling
bermaafan tidak mendapat sebarang tempat di dalam
model yang diwujudkan komunisme. Apabila seseorang
membaca tulisan-tulisan Marx, Engels, Lenin,
Stalin, Trotsky, Mao dan para pendukung ideologi
komunis yang lain, mereka akan dapat melihat
kebenaran hakikat tersebut. Marx menggambarkan
agama sebagai "candu masyarakat" dan juga sebagai
budaya yang dibentuk oleh kelas pemerintah yang
hanya melenakan orang-orang miskin. Oleh itu,
beliau mencadangkan agar sebarang kepercayaan
beragama dihapuskan jika komunisme mahu bertapak
dengan kukuhnya.
Di dalam artikel Lenin yang bertajuk "Socialism
and Religion" (Sosialisme dan Agama), yang
diterbitkan pada 1905 di dalam sebuah majalah
berbahasa Rusia Novaya Zhizn, beliau menggambarkan
agama sebagai "kabus" yang harus dihapuskan, dan
juga turut menyusun propaganda komunis yang akan
dilaksanakan. Di dalam "The Attitude of the
Workers' Party to Religion" (Sikap Parti Buruh
Terhadap Agama) yang diterbitkan di dalam majalah
Proletary pada tahun 1909, beliau sebagai pemimpin
Parti Demokratik Sosial Rusia (yang kemudiannya
dikenal sebagai Parti Komunis) telah menulis:
Asas kepada falsafah
Marxisme, seperti Marx dan Engels berulang-kali
isytiharkan, ialah dialektikal materialisme, yang
telah mengambil alih sepenuhnya tradisi bersejarah
materialisme abad kelapan belas di Perancis dan
juga materialisme Feuerbach (separuh masa pertama
abad kesembilan belas) di Jerman yang mana ia
merupakan ateis mutlak dan memusuhi semua agama
dengan hebatnya. "Agama adalah candu masyarakat."
Pernyataan rasmi oleh Marx ini telah menjadi batu
asas kepada pandangan ahli-ahli Marxis terhadap
agama. 5
Kenyataan tersebut menunjukkan permusuhan Marx
terhadap semua agama, dan juga telah mendedahkan
kejahilannya tentang perkara tersebut.
Kenyataan-kenyataan tersebut tidak mencerminkan
kebenaran hakiki. Komunisme dan ideologi-ideologi
ateis yang lain menyebabkan manusia tidak dapat
berfikir, dan melakukan apa sahaja yang diarahkan
tanpa banyak soal. Adalah sesuatu yang jelas
bahawa manusia yang tidak pernah berfikir tidak
akan mencapai hakikat kebenaran, dan seterusnya
menjadikan hidup mereka penuh dengan tipuan dan
kesalahan. Dengan berfikir, manusia dapat memahami
tujuan dunia ini diciptakan, dan juga sebab
kewujudan diri mereka sendiri. Kebenaran ini telah
dijelaskan di dalam al-Quran:
Kami tidak menciptakan
langit dan bumi dan segala apa yang ada antara
keduanya dengan tujuan main-main. Kami tidak
menciptakan keduanya melainkan dengan hak
(kebenaran), tetapi majoriti mereka tidak
mengetahui. (Ad-Dukhan, 38-39)
Oleh itu, setiap individu harus memikirkan
pertama sekali tentang tujuan penciptaannya, dan
kemudian tentang makhluk atau jasad yang dilihat
di alam ini dan juga yang akan dijumpai sepanjang
kehidupan mereka. Seseorang yang gagal berfikir
hanya akan dapat memahami kebenarannya setelah dia
mati, di hadapan Allah, tetapi ketika itu
segalanya sudah terlewat. Berfikirlah sementara
kita masih punya masa, dan kemudian buatlah
kesimpulan. Ia pasti akan memberikan faedah kepada
kita di Hari Akhirat nanti. Itulah sebabnya Allah
menyeru manusia, dengan menggunakan utusan-utusan
dan juga kitab-kitab-Nya, untuk berfikir tentang
tujuan penciptaannya dan seluruh alam semesta
ini:
Dan mengapa mereka tidak
memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak
menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di
antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang
benar dan untuk waktu yang ditentukan. Dan
sesungguhnya ramai manusia yang ingkar tentang
pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)
Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para
pemimpin komunis, telah melemparkan
tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan
ramai manusia berpaling dari agama, sehingga
mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir.
Namun seperti yang telah kita lihat, agama
sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.
Kesimpulan
Secara ringkas, telah jelas bahawa ketiga-tiga
ideologi yang memusuhi dunia Islam itu telah
berakar-umbi dari budaya ateis yang telah
menguasai dunia Barat pada kurun kesembilan belas.
Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa betapa
pentingnya perang intelektual dilakukan untuk
menentang segala fahaman ateisme, yang mana ia
bukan sahaja suatu kuasa yang cuba membinasakan
kehidupan manusia di Akhirat dengan menghapuskan
kepercayaan beragama. Sebaliknya ia juga, pada
masa yang sama, turut bertujuan untuk memusnahkan
dunia ini, menukarkannya menjadi sebuah tempat
yang dipenuhi kekacauan dan peperangan, dan ia
melihat umat Islam sebagai sasaran utama.
Inilah sebabnya mengapa perang intelektual
adalah baik kerana ia suatu tindakan untuk
meningkatkan keimanan dan juga sebagai satu
"perang moral" menentang "korupsi" yang sedang
menguasai bumi ini. Kewujudan ramai umat Islam
yang sedang ditindas oleh sistem ateis di seluruh
dunia telah menyedarkan kita betapa pentingnya
perjuangan tersebut. Setiap kejayaan ideologi
menentang ateisme (dan juga falsafah-falsafah,
ideologi-ideologi dan yang kononnya merupakan
teori saintifik seperti Darwinisme yang
bersandarkan kepada dasar-dasar ateis) juga
merupakan kejayaan moral yang dapat membantu umat
Islam yang sedang ditindas di seluruh
dunia. |