Zaid bin Thabit

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Jump to: navigation, search

Zaid ibn Tsabit adlohhaq an Najjari al Anshari atau lebih dikenali sebagai Zaid ibn Tsabit r.a. merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w.. Beliau telah tinggal bersama Rasulullah S.A.W. ketika baginda berada di Madinah. Ketika berusia berusia 11 tahun Zaid ibn Tsabit r.a. telah dapat menghafal 11 surah.

Zaid ibn Tsabit r.a. mengikuti Rasulullah S.A.W. dalam peperangan Khandaq dan peperangan yang berikutnya. Dalam peperangan Tabuk, Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan bendera Bani Najjar yang di bawa oleh Umaroh sebelum itu, kepada Zaid ibn Tsabit r.a.. Apabila Umaroh bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W. baginda bersabda :"Al Quran harus diutamakan, sedang Zaid lebih banyak menghafal Al Quran daripada engkau."

Kekuatan daya ingatan Zaid ibn Tsabit r.a. menjadikan Zaid ibn Tsabit r.a. dilantik menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan oleh Zaid ibn Tsabit r.a. bahawa 'Rasulullah S.A.W. berkata kepadanya "Aku berkirim surat kepada orang, dan aku kuatir, mereka akan menambah atau mengurangi surat-suratku itu, maka pelajarilah bahasa Suryani", kemudian aku mempelajarinya selama 17 hari, dan bahasa Ibrani selama 15 hari.'

Zaid ibn Tsabit r.a. juga dilantik menjadi setiausaha pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Ketika pemerintahan Khalifah Usman r.a., Zaid ibn Tsabit r.a. dilantik menguruskan Baitul Mal. Khalifah Umar r.a. dan Usman r.a. juga turut melantik Zaid ibn Tsabit r.a. memegang jawatan pejabat khalifah ketika beliau menunaikan haji.

Zaid ibn Tsabit r.a. juga telah diamanahkan untuk mengumpul dan menuliskan al-Quran pada zaman khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Zaid ibn Tsabit r.a. meninggal pada 15H.

Zaid ibn Tsabit r.a. meriwayatkan sembilan puluh dua hadith Rasulullah S.A.W. Lima daripadanya disepakati oleh Iman Bukhari dan Muslim. Iman Bukhari juga meriwayatkan empat hadis yang lain bersumberkan dari Zaid ibn Tsabit r.a. , sementara Imam Muslim meriwayatkan satu hadis yang lain bersumberkan dari Zaid ibn Tsabit r.a.

Perkakasan persendirian