30 Tanda Jatuh Cinta
Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun
diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik
perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama
bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar
hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun
akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar
belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan
bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta
di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya.
Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau
menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.
1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan
berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu
tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan.
Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan
si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang
si dia dari kawan-kawannya.
4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda
tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain
sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan
anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda
sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang
dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di
sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di
sampingnya.
7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang,
anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti
anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu
malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan
terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan
mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat
wajahnya.
9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam
sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia.
Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon
banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.
Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak
kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu
berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar
mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan
perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah.
Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar.
Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya
nanti.
12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat
malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua
dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.
13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi
lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang
membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda
akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan
rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen
mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke
hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar
mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul
permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda
tetap bersikap defensif.
16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan
tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf.
Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak
dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji.
Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda
sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang
keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati
anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya
di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri
peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan
berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah.
Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda
akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan
sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda
habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh.
Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.
23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk
mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan,
masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan
anda dengan si dia.
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai
kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada
kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda.
Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu
berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak
yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia
sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka
dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda
rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang
hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan
bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya
kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu
menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku
diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau
kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari
lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di
dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa
bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit
perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda
hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda
pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya
sehidup semati.
10 Sikap Wanita Yg Disukai Lelaki
Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,
mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika
mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap
keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah
bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap
keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan
naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih
berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk
berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan,
wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh
bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg
suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan
diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan
cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita
tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya,
meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka
dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg
menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita
tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping
walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg
pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi
pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg
lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan
dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita
tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana
saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri
mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang
lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan
serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan
tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah,
sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan
mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar
keluar dgn indah dan mempesona.